Hari ini, saya menghadapi peperiksaan kertas LKM400,bahasa Malaysia.Setelah habis menjawab soalan, saya berasa amat kecewa ke atas prestasi saya.Kegelisahan, kecuaian, dan kekeliruan menjadikan saya tidak dapat menjawab soalan dengan baik.
Bahagian A: KARANGAN
karangan merupakan bahagian yang paling penting dalam kertas ini, iaitu merangkumi 70% dari markah keseluruhan.Antara 5 soalan yang terpapar, semuanya isu semasa, tetapi tiada satunya merupakan keunggulan saya.Walau bagaimanapun, Tetaplah juga menjawab, jadi saya terpaksa untuk memilih soalan bernombor 3 yang membincangkan kedudukan bahasa Malaysia kita yang semakin mudur atas pengaruh bahasa asing.
Sebenarnya, tajuk ini merupakan soalan yang senang untuk dijawab, tetapi mungkin atas lama sudah tidak pernah tulis dalam bahasa Melayu menjadikan saya tiada idea untuk memulakan karangan ini.
Memandang ke arah jam yang digantung atas dinding dewan, saya semakin gelisah!terus mulakan penulisan saya!
Pada masa dahulu, penulisan karangan merupakan satu perkara yang amat senang bagi saya, dan saya tidak pernah berasa gelisah dan takut apabila menghadapi soalan itu.Tetapi, apakah telah terjadi pada saya hari???
Semasa zaman kegemilangan tingkatan 5 dahulu, saya amat yakin atas subjek itu, dan akhirnya saya berjaya memungut gred "A1",tetapi pada hari ini, perasaan yakin tidak ada pada pemikiran saya!macam mana sekarang??
karangan yang saya tulis itu semuanya kelam-kabut, perancangan yang tidak jitu, tatabahasa yang salah, isi yang tidak kuat, jadi habislah saya pada kali ini.
Bahagian B: pembetulan ayat
Ini yang lagi mendasyhat!10 soalan, tiada satupun yang berasa yakin penuh. habislah lagi.
Amboi...bahasa Malaysia, susahkah awak???
4 comments:
susah...
sangat susah T_T
tak susah dato, tapi susah utk dapt keputusan yg cemerlang
yckoo, awak juga ada sama perasaan dengan saya..memang good buddy ya!!
xiao min, betul juga anda cakap..
susah utk dapat keputusan cemerlang.
mmg susah
Post a Comment